SEJARAH SK LONG PASIA

Selepas penempatan semula pada 1958, penduduk kampung Long Pasia semakin bertambah. Cadan-gan untuk menubuhkan sekolah di kampung ini adalah berasal dari cetusan idea En. Laban Padan yang juga merupakan salah seorang penduduk kampung Long Pasia. Cadangan tersebut telah mendapat respon yang baik daripada pen-duduk kampung, kerana mereka juga inginkan agar anak-anak mereka mendapat pendidikan walaupun kedudukan kampung agak jauh dari pekan.
Tahun 1962, bertempat di rumah
En. Laban Padan, penduduk kam-pung telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan penubuhan sekolah tersebut. Penduduk kam-pung yang hadir pada mesyuarat tersebut ialah En. Laban Padan,
En. Sia Tabed, En. Tadem Baru, En. Lalung Belawan, En. Agong Balang, En. Kaya Basar, En. Dawa Rining, dan En. Baru Tubu. Mereka telah membuat persetujuan untuk membayar sendiri gaji guru yang akan mengajar di sekolah itu kelak.
En. Laban Padan mencadangkan agar mereka mengambil anak sau-daranya iaitu En. Lakong Anggang yang ketika itu sedang menuntut di Long Samadoh, Sarawak untuk mengajar di sekolah tersebut.
Pada awal tahun 1963, En. Laban Padan bersama En. Kaya Basar telah berangkat menuju ke kam-pung Punang Terusan, Sarawak untuk berjumpa dengan dengan keluarga En. Lakong Anggang ber-hubung dangan cadangan tersebut.
19 Jun 1963, sebuah sekolah telah ditubuhkan di kampung Long Pasia dan guru pertama di sekolah tersebut adalah En. Lakong Anggang. Setiap murid dikenakan bayaran sebanyak RM 1.00 ( wang British ), dan pada ketika itu nilai tersebut adalah bersamaan dengan RM 5.00 ( Ringgit Malaysia ). Bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan, mereka memberi padi ataupun beras seba-gai gaji guru tersebut. Bangunan gereja telah digunakan sebagai bilik darjah berikutan ketiadaan ban-gunan sekolah.


Sistem Janakuasa Solar Sk Long Pasia
2008-2011


Sk Long Pasia, 2007-2008


Kantin Sk Long Pasia




Tarikh Penting  :

-1958 - Cadangan penubuhan.
-1962 - Mesyuarat penubuhan.
-19 Jun 1963 - Penubuhan
-1964 - Pembinaan kedua
-1967 - Pembinaan ketiga
-1970 - Pembinaan keempat
-2004 - Asrama desa dibina


Sekolah Kedua Dan Perpindahan Pertama.

Tahun 1964, penduduk kampung telah mengadakan gotong - royong bagi membina bangunan baru. Ini adalah berikutan dengan kedudu-kan yang tidak strategik dan tidak selamat kerana berada di luar ka-wasan kampung malah ianya terle-tak di kawasan zon pendaratan kapal terbang. Keadaan ini amat merbahaya sekiranya berlaku ser-
angan musuh yang mungkin disa-sarkan kepada kem tentera atau-pun kawasan tersebut. Disebabkan keadaan yang agak merbahaya, penduduk kampung mengambil keputusan untuk memindahkan bangunan lama ke kawasan baru yang agak selamat iaitu ke kawasan kampung. Struktur pembinaan bangunan sekolah tersebut adalah berasaskan bambu, dan ianya di gunakan sehingga tahun 1967.
Walaupun setiap murid dikenakan bayaran, namun itu tidak menjadi penghalang bagi ibu bapa menghan-tar anak-anak mereka ke sekolah untuk menerima pendidikan yang sewajarnya. Malah jumlah murid semakin bertambah dan ibu bapa terus memberi sokongan terhadap sekolah tersebut.
Akhirnya, kewujudan sekolah tersebut telah sampai ke pengeta-huan pihak kerajaan. Maka Sekolah Sukarela Rakyat tersebut telah ditukar kepada Long Pasia Native Voluntary School (NVS). Komiti ( Lembaga Pengelola ) sekolah juga telah di bentuk. En. Laban Padan, En. Sinau Lalung dan En. Tadem Baru adalah merupakan Komiti pertama sekolah tersebut. Ke-mudian seorang guru sukarelawan iaitu Sarjan Sabaruddin daripada pihak tentera telah dihantar bagi membantu Cikgu Lakong Anggang di sekolah tersebut.












Sekolah Ketiga

Tahun 1965, tentera British dan tentera Gurkah yang bertugas di kem Long Pasia telah ditukarkan dengan Tentera Diraja Malaysia. Battalion yang mengambil alih tugas daripada tentera British ialah 4 Melayu dan 6 Melayu. Sewaktu mereka melihat keadaan sekolah yang dibina oleh penduduk kam-pung, pegawai pemerintah meran-cang untuk membantu penduduk kampung membina sekolah yang lebih baik. Kemudian mereka ber-jumpa dangan ketua kampung iaitu En. Agong Balang untuk membin-cangkan mengenai pembinaan sekolah tersebut.
10 Oktober 1967, penduduk kam-pung bersama dengan Tentera Melayu bergotong-royong mem-bina sekolah baru yang berlantai-kan simen, berdindingkan papan
dan beratap “zing”. Bangunan tersebut siap dibina pada 7 Novem-ber 1967, dan telah dirasmikan oleh Mejar Jenderal Dato’ Ibrahim Bin Ismail DPMJ, PDK, JMN, PIS.
Januari 1968, sesi persekolahan telah beroperasi di sekolah yang baru dibina. Kemudian pihak kera-jaan telah menghantar dua orang guru baru iaitu En. Buayeh Danor dan En. Ganang Akat.
Oleh kerana jumlah murid yang semakin ramai, maka En. Baru Langub telah diambil sebagai guru sementara ( partime teacher ). Be-liau adalah merupakan seorang pegawai Polis yang dihantar oleh pihak kerajaan ke Long Pasia seba-gai “Special Branch”. Pihak tentera juga turut membantu dengan menghantar seorang tenaga penga-jar sementara untuk mengajar di
sekolah ini. Tahun 1969, Long Pasia NVS telah mempunyai enam buah kelas iaitu Tahun Satu hingga Tahun Enam.










Oleh kerana kekurangan guru pada tahun 1969, murid Tahun Enam yang pada ketika itu adalah seramai lapan orang telah di hantar untuk bersekolah di Meligan NVS. Perjalanan dari Long Pasia ke Meli-gan NVS pada ketika itu mengam-bil masa selama dua hari perjalanan kaki.
Setiap hari sabtu, murid-murid tersebut akan pulang ke Long Pasia. Kepulangan mereka adalah bertujuan untuk mengambil beras sebagai bekalan mereka selama seminggu berada di Meligan NVS.
Setelah selesai menamatkan persekolahan mereka di Meligan NVS, mereka kemudiannya melanjutkan pelajaran ke SMK Sipitang yang
terletak di Pekan Sipitang. Namun ada juga sebahagian daripada mereka yang tidak meneruskan pelajaran ke SMK Sipitang dan terus balik ke kampung halaman untuk membantu keluarga di ladang dan sebahagiannya pula mencari pekerjaan di bandar.







Sekolah keempat dan Pendaftaran Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK)







Tahun 1970, pihak kerajaan telah bercadang untuk membina sebuah sekolah baru. Penduduk kampung bersetuju dangan cadangan tersebut namun mereka inginkan agar sekolah tersebut dibina di dalam kawasan kampung.
Kemudian pihak kerajaan ber-jumpa dengan En. Laban Padan yang pada ketika itu adalah meru-pakan ketua kampung Long Pasia. Pihak kerajaan memohon tapak tanah untuk membina bangunan sekolah yang baru. En. Laban Padan akhirnya menunjukkan tapak tanah yang sesuai untuk pembinaan sekolah tersebut yang terletak di hujung kampung Long Pasia.
Bangunan sekolah yang baru ke-mudiannya dibina di lokasi tersebut, malah dua buah rumah guru juga turut dibina.
Januari 1971, sekolah tersebut telah mula beroperasi. Pada 27 November 1980, sekolah itu telah didaftarkan dengan nama SRK Long Pasia dengan nombor pendaftaran JPS/PSS/REN/0267.




Naik Taraf Fizikal Sekolah



Tahun 1992, sebuah rumah guru berkembar yang telah dibina yang berasaskan kayu. Ma-nakala, dua unit rumah guru berasaskan konkrit berkembar telah dibina dalam kawa-san tapak lama sekolah pada 2006.
Pada tahun 2004, pihak Kementerian telah meluluskan pembinaan asrama desa untuk kemudahan murid-murid terutama sekali bagi mereka yang berasal dari kampung Long Mio. Pembinaan asrama desa tersebut adalah atas permintaan ibu bapa. Ini adalah kerana, perjalanan dari kampung Long Mio memakan masa 2 hingga 3 jam perjalanan kaki. Ke-mudian, pihak Kementerian telah menghan-tar seorang Penyelia Asrama Gred N17 yang
berasal dari Beaufort iaitu En. Rahmandy Bin Madi untuk bertugas di Asrama SK. Long Pasia.
Sementara menunggu asrama desa tersebut siap dibina, rumah guru yang telah siap dibina menjadi asrama sementara murid-murid SK. Long Pasia. Penyelia asrama serta murid-murid asrama tinggal buat sementara waktu di rumah tersebut.
Kementerian kemudiannya menghantar dua orang Pembantu Pengurusan Murid Asrama Gred N17 iaitu Pn. Nooraini Binit Sably dan Pn. Asmah Ahmad @ Embuas. Tugas mereka adalah sebagai pembantu kepada Penyelia Asrama dalam pengurusan asrama desa SK. Long Pasia. Akhirnya bangunan asrama telah siap dibina sepenuhnya pada tahun 2006. Tahun 2007, rumah makan as-rama juga telah siap dibina. Tidak lama ke-mudian, sebuah Pra Sekolah turut dibina berdekatan dengan kawasan asrama. Januari 2008 Pra Sekolah tersebut telah mula berop-erasi dan seorang Pembantu Pengurusan Murid Asrama iaitu Pn. Nooraini Binti Sably telah diamanahkan untuk menguruskan Pra Sekolah tersebut sementara menunggu guru serta Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah. Jun 2008, pihak Kementerian akhirnya menghantar seorang Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah Gred N17 iaitu Cik Juriana Binti Sabin berasal dari Beaufort untuk men-guruskan Pra Sekolah tersebut. 7 Januari 2009, dua orang guru KPLI telah ditempat-kan di SK Long Pasia iaitu En. Lukman mother Rijan yang berasal dari Banting, Se-langor dan En. Rocky Wong berasal dari Keningau, Sabah dan merupakan guru Pra Sekolah.





Hari ini

Sekolah Rendah Ke-bangsaan Long Pasia telah bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Long Pasia pada tahun 1980. Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh murid-murid dari seko-lah ini.
Walaupun terletak jauh nun ditengah hutan khatulistiwa, SK Long Pasia terus mengorak langkah ke hadapan tanpa menoleh kebe-lakang. Hari ini ramai bekas pelajar sekolah ini yang telah menjawat pelbagai jawatan penting di dalam sektor kerajaan dan swasta. Contohnya Dr. Donny Daud dalam bidang perubatan dan kini beliau adalah merupakan Pengarah Hospital Daerah Beaufort. En. Nilius Daud, En. Danil Baru, En. Semuel Baru, En. Robert Panus, En. Sugianto Panus, Pn. Kertinci Selutan, En. Jeffry Padan, Cik Melina Tadem, Pn Zakisa Bte Redoble, dan En. Michael Opai adalah diantara yang ber-jaya dalam bidang perguruan. En. Daring Laban Penolong Pengarah Taman-Taman Sabah, En Paris Laban, En Rining Laban, En Wendy Noh, Rymond Arun, En Shem Se-lutan merupakan anak watan yang turut bertugas dalam agensi kerajaan. En Radang Laban, En Padan Agong, En Jimmy Agong, En Salmon Selutan dalam agensi swasta.
Sekolah ini telah ditadbir oleh enam orang guru besar sehingga kini bermula dengan En. Lakong Anggang yang mula berkhidmat pada tahun 1940 hingga 1967. En. Baru Labo yang berasal dari kampung Kaban berkhidmat sejak tahun 1967 sehingga 1979. Kemudian diikuti oleh En. Yakob Ibrahim berkhidmat
mulai tahun 1979 hingga 1987. Seorang guru yang berasal dari Long Pasia telah dihantar untuk bertugas sebagai guru besar SK. Long Pasia pada tahun 1987 hingga 2004, iaitu En. Nilius Daud. Setelah itu, Pn. Magreth Francis @ Majidah berkhidmat sebagai guru besar
pada tahun 2004 hingga 2007.
SK. Long Pasia kemudiannya telah menerima seorang guru besar yang merupakan anak jati Long Pasia iaitu En. Michael Opai. Beliau mula berkhidmat pada 1 Mei 2007 hingga kini. Bilangan murid juga semakin bertambah dan kini telah mencecah 77 orang murid. Malah, SK. Long Pasia juga telah mempunyai 12 orang guru dan 5 orang Anggota Kumpu-lan Sokongan ( AKS ). Bilangan kakitangan sekolah serta kemudahan infrastruktur yang ada pada hari ini adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan keadaan pada 10 tahun yang lalu. Kestabilan politik dan ekonomi Negara di antara pemangkin utama terhadap kemajuan pendidikan pada hari ini.